Saturday, October 8, 2022

Baca buku ini jika mahu tahu kisah virus pembunuh

Secara Rawak

KUCHING: Adakah virus maut yang akan muncul sama seperti virus selesema 1918?

Itulah soalan yang diutarakan pakar yang dipetik penulis buku The Story of the Great Influenza 1918, Gina Kolata.

Buku itu yang sudah diulang cetak melebihi lima kali mulai diterbitkan pada 1999.

”Adakah virus influenza akan datang lebih berbahaya, dengan caranya sendiri, yang bertujuan untuk membunuh,” kata penulis itu lagi.

Jeffery Taubenberger, seorang pakar yang dipetik penulis, berkata, sukar untuk diramalkan bagaimana rupa virus maut akan datang.

Hakikatnya, virus itu telah muncul dan kini dikenali sebagai Covid-19. Berbanding dengan Spanish Flu yang menyerang 102 tahun lalu, Covid-19 setakat ini telah menjangkiti 1.8 juta orang dan mengorbankan lebih daripada 110,000 orang. 

Sudah ada pihak yang meramalkan jumlah kematian kerana Covid-19 akan melebihi jumlah mangsa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Kedua-dua perang itu mengorbankan sebanyak 77 juta jiwa.

“Mungkin, dalam penemuan yang tak disangka-sangka di China antara kanak-kanak dengan burung, selesema pemusnah yang baharu kini dalam perjalanan,” kata buku itu lagi.

Dalam usaha untuk mengetahui virus pembunuh pada 1918, saintis dan pakar telah menggali kubur di benua paling utara dunia dengan mendapatkan paru-paru mayat yang dikebumikan enam kaki di bawah tanah. 

Mayat berkenaan perlu diperoleh kerana kawasan itu adalah sejuk beku sepanjang masa.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru