Thursday, June 30, 2022

Mangsa sihat waktu sarapan tetapi mati sebelah petang

Secara Rawak

Seperti serangan keganasan atau terorisme, penyakit wabak seperti Cornoa ialah satu ancaman peringkat tinggi dan amat berbahaya.

Abad ke-20  tidak pernah menyaksikan pandemik seteruk dan sedahsyat Spanish Flu yang melanda dunia pada 1918.

Pada 1957, berlaku serangan selesema Asia yang dikenali sebagai H2N2 dan pada 1968 satu lagi influenza dikenali sebagai Hong Kong flu menyerang (H3N2).

Pada 1947 pula berlaku apa yang disifatkan sebagai pseudopandemik dengan jumlah kematian yang sedikit. Pada 1977 berlaku satu wabak yang menyerang kanak-kanak, dan pada 1976 yang dilkenali sebagai ‘swine influenza’ yang dikhuatiri berpotensi menjadi pandemik.

Namun, daripada semua itu, pandemik pada 1918 adalah unik, yang pada ketika itu, disifatkan ibu segala pandemik dan diharapkan tidak akan menyerang dunia lagi. 

Sebab, seluruh penjuru dunia dijangkitinya sehingga ke Thailand, Singapura dan Tanah Melayu. Sejumlah 50 juta meninggal dunia dan 500 juta lagi dijangkiti virus berkenaan.  

Angka ini terlalu besar berbanding kematian disebabkan penyakit lain. AIDS mengorbankan 11.7 juta jiwa pada 1997, Perang Dunia Pertama 9.2 juta di medan perang dan 15 juta keseluruhannya. Perang Dunia Kedua 15.9 juta mati di medang perang. Ia 25 kali lebih berbahaya daripada influenza lain

Hakikatnya, pandemik 1918 mengorbankan lebih banyak orang berbanding korban semua penyakit lain dalam tmeppoh sama dalam sejarah manusia.

Virus itu merebak begitu pantas bagai api marak. 

Di Jerman, lebih 400,000 orang awam  meninggal dunia pada 1918, memberi satu pukulan terhadap perang yang tercetus ketika itu.

Kes pertama sampai di Britain pada Mei 1918, mulai muncul di Glasgow, kata penulis buku Pandemic 1918, Catharine Arnold.

Beberapa bulan selepas itu, 228,000 orang mati; kematian tertinggi selepas merebaknya wabak kolera pada 1849.

London yang ketika itu baru keluar dari kemusnahan perang, gagal menangani pandemik itu. 

Kapal demi kapal  berlabuh di pelabuhan membawa lebih ramai mangsa virus itu. 

Hospital melimpah dengan pesakit dan tidak banyak yang dapat dilakukan doktor untuk menyelamatkan nyawa pesakit.  

Mayat bergelimpangan dan membusuk, menjadi satu cabaran kepada penggali kubur dan pengebumi mayat untuk memakamkan mayat berkenaan.

Satu daripada yang mengejutkan tentang Spanish Flu, sama seperti Black Death ialah ia menyerang begitu cepat. 

“Mangsa mungkin sihat waktu sarapan tetapi mati pada sebelah petang waktu minum teh,” kata Catharine.

“Seorang pesakit masuk dari satu pintu, satu mayat keluar dari pintu lain,” kata Catharine lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru