Saturday, November 26, 2022

Benarkan kedai gunting rambut beroperasi: Sarawak tak perlu ikut Putrajaya

Secara Rawak

Kerajaan  telah membuat beberapa keputusan dari segi jenis perniagaan yang dibolehkan beroperasi waktu PKP dilaksanakan.

Ini termasuk membenarkan kedai gunting dan salun rambut memulakan semula perkhidmatan mereka.

Banyak yang tidak bersetuju dengan langkah dan keputusan berkenaan.

Ini termasuk persatuan pendandan rambut pendandan Rambut India Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Apakah alasan kerajaan membenarkan kedai gunting rambut beroperasi?

 Adakah ia perkhidmatan penting, terlalu penting? 

Tidakkah kerajaan memikirkan  secara mendalam implikasinya?

Kita  tidak pasti kenapa kerajaan membenarkan orang ramai menggunting rambut di kedai gunting.

Mungkin kerajaan punya justifikasi atau alasannya.

Tetapi yang jelas berdasarkan komen dalam media sosial dan kumpulan Whatsapp, ramai yang tidak setuju.

Seyogia diingat, tukang gunting rambut dan orang yang menggunting rambut terdedah kepada virus ini.

Kedua-duanya perlu kontak.

Bagaimana kedua-duanya hendak menjaga jarak selamat? 

Adakah anda dapat pastikan tukang gunting rambut itu tidak dijangkiti virus itu? Bagaimana anda tahu bahawa pelanggan tidak dijangkiti?

Bagi saya, keputusan itu keputusan yang tidak betul. Maksudnya, keputusan yang salah.

Jadi, jangan buka kedai pada masa ini. 

Ini bukan masa yang sesuai untuk buka kedai gunting rambut dan memotong rambut di kedai gunting rambut.

“Sementara banyak langkah berkesan telah diambil untuk mendapatkan kerjasama rakyat bagi memastikan mereka mengamalkan penjarakan sosial, amat mengejutkan mengapa kedai gunting rambut dibenarkan untuk beroperasi,” katanya seorang kawan.

Penjarakan sosial, katanya adalah satu hal, tetapi terdapat banyak implikasi lain.

“Bagaimana anda memotong rambut tanpa membuka topeng muka?…kebanyakan peralatan yang digunakan tukang gunting rambut dikongsikan, termasuk tuala, gunting, sisir dan sebagainya.  Adakah anda tahu virus apa yang melekat di situ?,” katanya.

Beliau juga berkata, kerusi tukang gunting juga terdedah kepada virus berkenaan, sementara ruang kecil di dalam kedai tukang gunting rambut juga memungkinkan virus itu tersebar.

Beliau tertanya lagi, adakah semua tukang gunting rambut telah disahkan negatif Covid-19?

“Sarawak tidak semestinya ikut arahan Putrajaya,” tegasnya.

“Saya harap kebijaksanaan dan sikap rasional akan muncul ketika ini,” katanya lagi. 

Betul, bagi salun dan kedai gunting, hanya kegiatan menggunting rambut dibenarkan.

Kerajaan berkata, syarikat yang dibenarkan beroperasi dikehendaki mematuhi peraturan sedia ada, termasuk yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan agensi penguatkuasaan.

Apakah peraturan standard yang perlu diikuti oleh tukang gunting rambut?

Ketika menulis rencana ini, saya ada menerima sebuah video bagaimana kedai gunting rambut di China memberi perkhidmatan mereka.

Gara-gara bimbang dijangkiti virus berkenaan, tukang gunting rambut melekatkan gunting dan peralatan lain pada batang yang panjang ketika menggunting rambut pelanggan mereka

Dalam video itu, para pekerja salun dilihat membersihkan rambut pelanggan menggunakan peralatan khas yang dihasilkan sendiri.

Mereka melekatkan peralatan salun seperti sikat, mesin pencukur dan pengering rambut pada kayu sepanjang kira-kira 1 meter sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri mereka dan pelanggan.

Dalam satu kumpulan WhatsApp saya juga menerima berita seorang  tukang gunting rambut di Mississippi, Amerika Syarikat telah meninggal kerana dijangkiti virus Covid-19. Lelaki itu terus menggunting rambut ketika pandemik menular di negara itu.

Kenapa tidak  tunggu sehingga lepas 28 April?

Sehingga semalam, 4,346 kes Covid-19 direkodkan di seluruh negara dengan 70 kematian.

Saya tidak fikir orang tidak boleh menunggu sehingga 28 April untuk memotong rambut mereka.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru