KUALA LUMPUR: Kadar kematian akibat jangkitan wabak Covid-19 di Malaysia antara yang terendah dengan peratusan 1.58 peratus sahaja.

Ini berbanding purata minimum 4 peratus  di kebanyakan negara luar.

Lagipun, sekitar 40 peratus hingga 50 peratus pesakit Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) telah pulih daripada jangkitan virus berkenaan.

Berdasarkan peratusan tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini membuktikan bahawa perkhidmatan kesihatan di Malaysia berhubung wabak tersebut adalah yang terbaik di dunia.

Semalam Malaysia mencatatkan penambahan kes baharu dengan 109 kes, menjadikan keseluruhan kes yang masih dirawat adalah 2,553 kes dengan 72 daripadanya kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sebanyak 43 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan dan dua kes kematian dilaporkan menjadikan keseluruhan kes kematian adalah 67 kes.

Bagaimanapun, jelas beliau jumlah kes sembuh menandingi kes baharu dengan 121 dilaporkan pulih sepenuhnya, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih setakat ini adalah 1,608 kes.

Kes yang disahkan di Malaysia ialah sebanyak 4,228 dengan 67 kematian manakala 1,608 sudah pulih.

DI Amerika Syarikat, terdapat 464,865 kes dengan 16,447 kematian dan 25,343 pesakit pulih.

Di Sepanyol terdapat 153,222 kes positif dengan 15,447 kematian dan 52,165 pulih.

Itali merekodkan 143,626 kes dengan q8,279 kematian dan 28,470 pulih.