KUCHING: Dilanjutkan atau tidak?

Sarawak akan  akur kepada sebarang keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN)  berkaitan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Difahamkan perkara itu akan diumumkan esok oleh kerajaan persekutuan.

Menurut Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, meskipun keadaan wabak Covid-19 di negeri ini terkawal, Sarawak masih perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan MKN.

Foto Ramidi Subari

“Tetapi kita perlu patuh kepada keputusan MKN,” katanya pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Sarawak setakat ini mencatatkan 306 kes positif Covid-19 termasuk 12 kematian setakat semalam.

Abang Johari berkata,  Kerajaan Sarawak turut memberi input mengenai situasi Covid-19 di negeri ini kepada MKN.

Beliau yang mempengerusikan Mesyuarat Keselamatan Negeri pagi ini agak berpuas hati  dengan operasi PKP di Sarawak yang berjalan dengan baik dan terkawal.