KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan wabak itu.

Ketika dihubungi Astro AWANI, Aidi berkata beliau kini dikuarantin di Hospital Umum Sarawak.

“Saya telah pergi ke HUS sebelum ditahan kelmarin.

“Saya sepatutnya tidak boleh hendak komen tentang perkara ini. Bagaimanapun, saya berada dalam keadaan baik dan mengikuti prosedur kuarantin yang ditetapkan Kementerian Kesihatan,” katanya.

Tambah Aidi seperti dipetik Astro Awani, selain beliau isterinya dan beberapa kakitangan telah diarahkan menjalani ujian saringan COVID-19.