KUCHING: Datuk Patinggi Abang Johari Johari Tun Openg hari ini menegaskan keselamatan di sempadan Sarawak dengan Kalimantan Barat, Indonesia  terutama di jalan tikus akan terus dipantau dengan rapi di sebalik peningkatan kes Covid-19 di negara itu.

Menurut Ketua Menteri, langkah ini perlu diambil bagi memastikan warga asing dari negara jiran  tidak menyusup ke Sarawak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

PKP dilaksanakan sehingga 14 April ini bagi mengekang penularan wabak Covid-19. 

“Ini termasuklah kawasan pedalaman seperti Long Singut, Batang Rajang,” jelas beliau dalam siang media di Wisma Bapa Malaysia di sini pagi tadi.

Kerajaan Sarawak juga, jelas beliau terus memerhati perkembangan di negara jiran itu.

Indonesia kini telah mencatatkan  hampir 3,000 kes positif Covid dengan 240 kematian, termasuk doktor.

Beliau menjelaskan itulah antara sebab Kerajaan Sarawak telah menubuhkan jawatankusa kecil keselamatan bagi kita memperhebatkan kawalan keselamatan di sempadan terutamanya jalan tikus.