PUTRAJAYA: Sebanyak 416 kes positif Covid-19  dikesan dalam kalangan bukan warganegara Malaysia di negara ini setakat Khamis dengan warganegara Indonesia berada di tangga teratas, iaitu 51 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan.

Terdapat satu kes kematian daripada Covid-19

Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 37 kes terdiri daripada warganegara India; Myanmar (31); Pakistan (29 kes); dan Filipina (27 kes).

Warganegara china pula 25 kes, Bangladesh 12, Kemboja (8), Thailand (7). Brunei (6), Rohingya (5), Fiki 4, dan selebihnya dari 13 buah negara lain

“KKM (Kementerian Kesihatan) bekerjasama rapat dengan pihak United Nations High Commission for Refugees (UNHCR) bagi memastikan golongan pelarian dan pemohon suaka turut diliputi dalam aktiviti pencegahan dan kawalan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan,’ katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.

Beliau berkata, KKM  mendapat banyak bantuan daripada badan bukan kerajaan dan jusukarelawan dalam menjalankan aktiviti pengesanan di lapangan dengan penglibatan anggota di peringkat Pejabat Kesihatan Daerah.