KUCHING: Sarawak merekodkan 18 kes baharu positif Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan bilangan kes di negeri ini  setakat ini sebanyak 306 kes.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri hari ini, daripada 18 kes tersebut, 14 kes dirawat di Hospital Umum Sarawak, tiga kes di Hospital Sibu dan satu kes di Hospital Miri.

“Pada hari ini, sebanyak 67 kes baharu Orang Dalam Siasatan  (PUI) dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,864 kes. 

“Daripada jumlah itu, 1,503 adalah negatif dan 55 kes PUI masih menunggu keputusan makmal,” katanya lagi.

Kuching merekodkan jumlah tertinggi kes PUI, iaitu 83, Samkarahan 14, Miri  sebanyak lima, Betong sebanyak tiga kes, Bintulu sebanyak dua kes.

Kawasan Bau, Saratok, Sarikei, Sibu dan Marudi masing-masingnya satu kes PUI.