MICHIGAN: Majlis perkahwinan Dan Stuglik dan Amy Simonson ditetapkan pada minggu ini di Dowagiac.

Mereka telah mengundang 160 tetamu.

Pasangan itu tetap melaksanakan majlis perkahwinan mereka di sebalik pandemik Covid-19, cuma bezanya tetamu mereka ditukar kepada tetamu kadbod.

Stuglik meminta bantuan syarikat tempatan Menasha Packing menghasilkan kadbod berbentuk manusia bagi mewakili sanak-saudara dan sahabat handai mereka semasa majlis itu.

Menurut Stuglik, dia tidak selesa dan tidak sanggup melihat Amy berjalan masuk ke gereja dalam keadaan kerusi gereja kosong.

Dia tidak mahu Amy rasa kesunyian berikutan itu dia mengambil inisiatif menjadikan kadbod itu mewakili keluarga dan tetamu yang tidak dapat datang ke majlis mereka.

Pasangan itu berbulan madu di Airbnb selepas rancangan berbulan madu di Kepulauan Rhode terpaksa dibatalkan.