KUALA LUMPUR: Seorang doktor pakar menyifatkan setiap kali beliau melangkah untuk berkhidmat di hospital bagi mengubati pesakit Covid-19, beliau seolah-olah melangkah ke medan perang dan tidak akan kembali.

Dr Ahmad Zakimi Abdullah yang berkongsi perasaannya melalui Facebooknya berkata, setiap kali keluar bekerja, beliau bagai tidak akan kembali menemui keluarga sekiranya terdedah kepada Covid-19.

“Aku bukan takut untuk berdepan dengan pesakit Covid-19, tetapi rasa seolah-olah aku pergi ke medan perang dengan tiket sehala,” jelasnya.

“Pergi dan takkan kembali menemui keluarga kerana khuatir dikuarantin akibat daripada terdedah kepada Covid-19. Walaupun mungkin ia hanya sementara. Sebabnya Jabatan Kecemasan ini adalah paling terdedah kepada Covid-19,” katanya lagi. 

Terima kasih admin Berita Harian Online kerana sudi kongsikan tulisan saya. Saya menulis apa yang saya rasa sebagai…

Posted by Ahmad Zakimi Abdullah on Tuesday, April 7, 2020