Tuesday, June 28, 2022

PKP: Bilangan penerbangan ke/dari Miri KL, Labuan dikurangkan

Secara Rawak

KUCHING: Bilangan penerbangan dari Labuan ke Miri akan dikurangkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan bencana Negeri Sarawak.

PKP akan dikuatkuasakan hingga 14 April ini.

Penerbangan akan hanya diadakan sebanyak tiga kali seminggu, iaitu pada hari Isnin, Khamis dan Sabtu.

Katanya lagi, penerbangan dari Kuala Lumpur-Miri-Kuala Lumpur akan hanya diadakan dua kali seminggu, iaitu Khamis dan Ahad.

Kenyataan itu juga menyatakan bermula 5 April lalu, semua rakyat Sarawak yang pulang dari luar negara, Semenanjung Malaysia, Sabah atau Wilayah Persekutuan akan ditempatkan di Pusat Kuarantin tempat mereka tiba.

Sehubungan itu, jumlah rakyat Sarawak yang telah dikuarantin ialah 285 orang, iaitu 177 di Kuching. 

Sebanyak 102 orang lagi dikuarantin di Miri dan enam orang di Limbang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru