KUALA LUMPUR: Akhirnya kerajaan tunduk kepada desakan pelbagai pihak.

Ya, kerajaan persekutuan telah membatalkan kelulusan yang diberikan kepada Heineken Malaysia Bhd untuk meneruskan operasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa tindakan ini diambil selepas pemimpin Umno, PAS dan Bersatu mengkritik kerajaan kerana beri  kelulusan kepada syarikat itu sedangkan arak bukan dikategorikan sebagai barangan penting.

Annuar  melalui ciapan di Twitter berkata kelulusan kepada pengeluar minuman alkohol untuk beroperasi tidak selari dengan dasar PKP.

“Sudah di batalkan pagi ini… kerana tak selari dengan dasar yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Pagi tadi Annuar melalui ciapannya berkata, tindakan itu tidak selari dengan dasar kerajaan PH.

“Ini jelas tidak selari dengan dasar yang diputuskan. Tindakan perlu diambil segera,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Sebelum ini tular sepucuk surat daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang memberi pengecualian kepada sebuah syarikat arak untuk beroperasi ketika PKP.

PKP  yang dikuatkuasakan pada 18 Mac sepatutnya berakhir 14 April ini.