KUCHING:  Sesak nafas bagai hendak putus nyawa.

Itu pengalaman yang dilalui  bekas pesakit koronavirus yang kini kini telah menjangkiti lebih sejuta jiwa di seluruh dunia.

Siti Nurul Qalbie, 41, berkata pengalaman yang dilaluinya adalah amat getir.

“Simpton  saya alami ialah batuk teruk, malah sebelum disahkan positif saya batuk sehingga terjaga daripada tidur dan berasa seolah-olah putus nyawa kerana sukar bernafas,” kata bekas pesakit dari Kota Bharu, Kelantan itu seperti dikongsikannya dengan Berita Harian.

Virus itu telah meragut nyawa ibunya, Azizah Abdul Ghani, 66.

Pengalaman pahit itu tidak mungkin dilupakan Siti Nurul.

Selain dia dan ibunya, tiga lagi ahli keluarga, iaitu bapa dan dua adiknya turut disahkan positif Covid-19 pada pertengahan bulan lalu.

Ayahnya mempunyai kontak dengan peserta tabligh yang menyertai di Masjid Seri Petaling.

Peniaga dalam talian itu menurut Berita Harian lagi, dibenarkan keluar dari hospital Khamis lalu, meminta   masyarakat menghargai kesihatan.

Beliau juga mengingatkan orang ramai akur kepada Perintah Kawalan Pergerakan.