KUCHING: Perdana Menteri sekali lagi akan tampil di kaca televisyen petang ini.

Kali ini Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan Pakej  Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Sektor ini  yang paling banyak terjejas susulan penyebaran Covid-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP sejak 18 Mac.

 PKP akan berakhir pada 14 April jika ia tidak dilanjutkan lagi.

Perutusan khas Perdana Menteri akan disiarkan secara langsung  TV3 jam 4 petang ini.

Sejumlah RM3.3 bilion diperuntukkan di bawah Tabung Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) meneruskan operasi perniagaan, pekerjaan selain menggalakkan pelaburan dalam negeri.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, beberapa hari lalu berkata, bantuan itu disalurkan melalui institusi kewangan peserta yang merangkumi bank-bank perdagangan, bank-bank Islam serta institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia oleh bank pusat itu.