Tuesday, June 28, 2022

Tak perlu berbaris: Barangan makanan akan diagihkan ke kampung

Secara Rawak

MIRI: Pemimpin GPS tidak pernah memanggil orang ramai untuk mendapatkan sumbangan dari pejabatnya di sini.

Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin berkata mungkin orang ramai berhimpun kerana berita palsu yang disebarkan.

“Pasti ada berita palsu. Kami tidak pernah meminta orang ramai datang,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik melalui media sosial hari ini.

Ini berikutan orang ramai di bandar ini berkerumun dan berbaris di hadapan pejabat GPS di sini.

“Kami memanggil polis untuk menyuraikan mereka dan menasihati mereka supaya balik ke rumah.

Menurut Lee, semua barangan makanan berkenaan akan diagihkan ke kampung-kampung.

Tersebar melalui media sosial hari ini gambar orang ramai berbaris untuk mendapatkan makanan yang disumbangkan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru