Sunday, July 3, 2022

Pelbagai pihak bantu agih sumbangan bantuan makanan di DUN Mulu

Secara Rawak

MULU: Seperti di beberapa kawasan lain, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu turut menyalurkan bantuan berupa makanan kepada keluarga yang terkesan kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak COVID-19.

Timbalan Speker DUN Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Dato Gerawat Gala berkata pengagihan bantuan makanan ini mendapat kerjasama yang baik daripada Pejabat Daerah, Pejabat Daerah Kecil, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Khidmat DUN Mulu dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s).

“Bantuan makanan ke 56 buah rumah panjang dan kampung di kawasan Poyut-Lubok Nibong, Linei, Sungai Tutoh sampai Long Iman akan dihantar menggunakan perkhidmatan pengangkutan darat atau bot mengikut keadaan.

“Manakala, untuk 26 rumah panjang dan kampung di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Telang usan, bantuan makanan juga akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan darat atau bot mengikut keadaan.

“Begitu juga dengan 43 rumah panjang dan kampung di Bario yang di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Miri atau Pejabat Daerah Kecil Bario, bantuan makanan akan disalurkan menerusi perkhidmatan helikopter Tentera Udara Di Raja Malaysia (PDRM),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa dihubungi wartawan Buletin UKAS pada Rabu.

Menurutnya lagi, kesemua bantuan ini akan diagihkan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan setiap penempatan di kawasan DUN Mulu mendapat bantuan secukupnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru