Tuesday, August 16, 2022

1 juta dijangkiti virus: Coronavirus terus menyerang dan mengganas

Secara Rawak

Coronavirus terus menyerang dan mengganas dunia.

Terkini angka mangsa yang terkena jangkitan sudah mencecah sejuta orang.

Yang maut kerana virus pembunuh itu sudah mencecah 53,166.

Ini berita buruk untuk dunia.

Dunia terus menderita dan menangis angkara virus yang mula menular di Wuhan, China Disember lalu.

Angka kematian terus meningkat di Itali dan Sepanyol.

Itali telah mencatatkan hampir 14,000 kematian, Sepanyol 10,348, dan Perancis 3,318.

Amerika Syarikat pula merekodkan 6,070 kematian.

Selama lapan hari lalu sahaja angka meningkat sekali ganda hingga kini mencecah sejuta.

Media melaporkan kadar kematian ialah lima peratus daripada jumlah kes.

Virus ini telah menyerang lebih daripada 200 buah negara dan wilayah dengan hampir empat bilion kini terpaksa berkurung di dalam rumah.

Pakar kini bergelut dengan masa untuk mencari vaksin atau ubat paling mujarab bagi mengubati penyakit itu.

Warga dunia disarankan tidak mengambil mudah ketika ia berdepan krisis kesihatan paling teruk dengan krisis ekonomi bakal mengekorinya selepas ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru