MANILA: Tiada kompromi.
Itulah amaran keras Presiden Filipina, Rodrigo Duterte kepada rakyat Filipina.

Beliau yang terkenal dengan kelantangan dan mulut celoparnya memberi amaran keras kepada rakyat negara itu yang mengingkari perintah berkurung susulan penularan wabak Covid-19.

Duterte juga berkata, tiada sebarang tolak ansur akan diberikan buat pihak yang melakukan serangan terhadap petugas perubatan.

Ia dianggap sebagai satu jenayah serius ketika negara ini9 sedang bergelut dengan usaha menyekat penularan Covid-19.

“Arahan saya kepada polis dan tentera, sekiranya ada masalah dan situasi yang tidak mengikut arahan, tembak mereka sampai mati.

“Adakah ia boleh difahami? Mati. Selain mencetuskan masalah, saya akan ‘kebumikan’ kamu,” katanya seperti dipetik agensi berita Reuters.