COVENTRY: Polis menahan pemandu setelah dia didapati memandu sejauh 224 batu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mengejutkan, sebaik sahaja ditahan, ketika membuka bonet kereta, pihak polis menemui lelaki terbabit menyembunyikan isterinya di sebalik barangan beliannya.

Lelaki tersebut memandu dari Coventry ke Salford, Greater Manchester untuk mengambil beberapa keping tingkap yang dibelinya dari eBay dengan harga £15.

Lelaki itu bergerak di sebalik amaran pihak berkuasa agar orang ramai hanya boleh membeli barangan keperluan dan tidak boleh bergerak jauh.

Polis peronda menahan lelaki itu di lebuh raya M6 di Cheshire semasa dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Lelaki itu menjelaskan isterinya tidak dapat duduk di dalam kereta kerana ruang kereta itu sudah dipenuhi tingkap yang dibelinya.

Berikutan itu isterinya terpaksa dimasukkan ke dalam bonet kereta sepanjang dua jam perjalanan pulang itu.

Gambar hiasan