KUCHING: Kuching yang sudah dikategorikan sebagai Zon Merah Covid-19 sebelum ini mencatatkan 76 kes.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan hari ini, Samariang dan Taman Sukma di sini dikategorikan sebagai zon merah apabila mencatatkan 20 kes kesemuanya.

Zon 1 yang terdiri daripada Jalan Arang, Stampin, Jalan Lapangan Terbang, Jalan Song, Taman BDC dan Jalan Stutong pula mempunyai 18 kes.

Jelas kenyataan itu, kawasan Taman Sri Wangi meliputi Taman Sri Wangi dan Laruh Skim pula mempunyai 12 kes.
Kawasan Satok meliputi kawasan Patingan, Satok dan Sg Maong merekodkan 15 kes.

Zon dua yang terdiri daripada Central Park, Kenny Hill, Tabuan Laru, SMK Seri Setia dan Taman Green Height pula mempunyai 10 kes.

“Kawalan dan pemantauan yang lebih ketat perlu dilaksanakn bagi mengurangkan risiko penyebaran Covoid-19 ini,” katanya.

Sarawak setakat ini telah mencatatkan sembilan kes kematian dan 211 kes positif Covid-19.