MUMBAI: Bagi mengurangkan jangkitan wabak Covid-19, polis di seluruh dunia melakukan pelbagai usaha memastikan orang ramai mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergreakan (PKP).

Polis di Mumbai mendenda mereka yang ingkar perintah itu dengan memaksa mereka mencangkung dan beberapa hukuman lain.

Dalam video yang tular sekumpulan pesalah Nagpur dirakam melakukan aksi mencangkung sambil diperhatikan pihak polis.

Penggemar gim Aman Srivastava dari Mumbai, berpendapat hukuman ini bagus untuk menyihatkan badan. Dia segera membawa iPhonenya, memasang muzik dan keluar dari kediamannya.

Sebaik polis melihat kelibatnya, mereka mengarahnya turut mencangkung 50 kali.

Selepas itu dia dibenarkan pulang, tetapi beberapa jam kemudian dia dilihat keluar semula dari rumahnya.

Kali ini polis menyuruhnya melakukan tekan tubi 50 kali.

Rancangannya terbongkar apabila polis melihatnya minum air protein setiap kali hukumannya selesai.

Akhirnya polis tiada pilihan lain selain menahannya di penjara.