Saturday, December 3, 2022

PKP: 246 keluarga di kawasan Parlimen Igan dapat bantuan bekalan makanan dari Ahmad Johnie

Secara Rawak

MATU: Prihatin dengan nasib rakyat yang terjejas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi, telah menyampaikan sumbangan bekalan makanan kepada seramai 246 ketua keluarga di kawasan Parlimen Igan, semalam.

Sumbangan tersebut oleh disampaikan Pegawai Pusat Khidmat Igan yang mewakili Ahmad Johnie.

Sementara itu, Ahmad Johnie berkata, bantuan bekalan makanan terus dilakukan sejurus menerima panggilan daripada beberapa Tuai Rumah di kawasan berkenaan.

“Saya mengambil tindakan yang cepat sebagai respons kepada beberapa Tuai Rumah yang menghubungi saya mengenai masalah kehabisan bekalan makanan dan keperluan harian lain yang dihadapi,” katanya.

Ahmad Johnie menambah, hari ini juga, Pusat Khidmat Igan mula menghantar bantuan bekalan makanan di enam rumah panjang dan dua kampung di kawasan pesisir Sungai Ilas, Kebuaw dan Telok Delloh, Batang Igan.

Antara rumah panjang yang terlibat katanya, ialah Rumah Mission sebanyak 15 (bungkus sumbangan) Rumah Lang (21) Rumah Raya (19), Rumah Joseph Aus (16), Rumah Jarit (47) , Rumah Lebong (16) serta Kampung Kebuaw dan Kampung Sungai Sah sebanyak 112 sumbangan.

“Penduduk di sini terputus bekalan makanan disebabkan tiada bekalan makanan yang dijual di kedai-kedai berhampiran kerana kehabisan stok dan mereka juga mengalami masalah pengangkutan untuk pergi ke pekan yang terdekat.

“Mereka juga akur dengan arahan PKP, namun apabila sumber bekalan makanan sudah kehabisan, jalan terakhir adalah dengan meminta bantuan wakil rakyat,” ujar beliau.

Tambahnya, masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan pesisir sungai lebih berat dan kritikal kerana mereka tiada tempat untuk membeli barang keperluan harian.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru