Saturday, October 8, 2022

Persidangan Parlimen diteruskan 18 Mei

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan pihak Parlimen sedang merangka langkah-langkah yang perlu diambil sebagai persiapan untuk Persidangan Dewan Rakyat yang dijadual pada 18 Mei depan.

Katanya, langkah berkenaan diambil berikutan penularan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara kini.

“Beberapa pendekatan juga turut diambil kira berdasarkan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokasi.

“Tumpuan utama Kerajaan kini adalah memastikan semua rakyat, Anggota Parlimen terjamin keselamatan,” katanya dalam kenyataan media.

Berikutan itu, beliau mengharapkan semua pihak perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas yang bertungkus-lumus memerangi wabak ini dengan mematuhi segala arahan pihak berkuasa.-

Pemerhati percaya  antara isu yang bakal dibincangkan adalah berkaitan isu wabak Covid-19 dan pakej rangsangan ekonomi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru