Sunday, November 27, 2022

Menuju satu juta dijangkiti virus: Mimpi ngeri bagi semua

Secara Rawak

Kelihatannya jumlah kes positif Covid-19 di seluruh dunia belum lagi surut, malah terus meledak.

Ia jauh daripada mencapai titik akhir atau selesai ketika dunia berdepan cabaran dari segi sistem kesihatan ketika melawan perang paling sulit ini.

Sesungguhnya, virus ini menyebabkan dunia menjadi huru-hara dengan ekonomi dijangka terus terjejas teruk, malah dunia bakal berdepan kemelesetan paling teruk.

Bank Dunia menyatakan bahawa kerosakan ekonomi yang signifikan tampaknya tidak dapat dihindari di semua negara.

Ia juga berkata mengingatkan  “risiko yang jauh lebih besar” .

Sesungguhnya,  tidak berlebihan jika dikatakan ini merupakan cabaran paling getir dan besar sejak Perang Dunia Kedua.

Ini merupakan mimpi ngeri bagi semua.

Angka yang terkena jangkitan virus pemusnah dan pembunuh itu mendekati 850,000, dengan lebih daripada 41, 000 kematian.

Menjelang hujung minggu ini angka kematian dijangka mencecah sekitar 50,000.

Di Amerika Syarikat sahaja lebih daripada 3,600 jiwa telah melayang.

Menurut data yang dihimpun Johns Hopkins University, lebih daripada 181,000 orang di Amerika telah dijangkiti.

Dalam waktu singkat, angka itu dijangka melepasi 200,000.

Angka ini lebih tinggi daripada di China, tempat wabak mulai merebak Disember tahun lalu.

Sepanyol mencatat 849 kematian dalam 24 jam terakhir — jumlah kematian tertinggi dalam satu hari.

Di Britain pula, sejumlah 1,789 telah meninggal dunia pada 30 Mac, bertambah 381 orang.

Sehingga semalam, Malaysia sudah mencatatkan 43 kematian. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru