Friday, December 2, 2022

Covid-19: Pusat Kuarantin di Kuching bakal ditambah

Secara Rawak

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak sedang melihat untuk menubuhkan lebih banyak lagi pusat kuarantin bagi pesakit COVID-19 di bahagian ini.

Sekreteriat JPBN menerusi kenyataannya semalam memberitahu, 2 tempat sudah dicadangkan untuk dijadikan pusat tambahan bagi menghadapi kemungkinan pertambahan mangsa positif.

“JPBN sekarang sedang melihat untuk menubuhkan lebih banyak pusat kuarantin untuk Kuching.

“Institut Latihan Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Aminuddin Baki dan Akademi LDHN di sini sedang dicadangkan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.” ujar kenyataan itu.

Di samping itu, pihak JPBN juga sedang melihat kemungkinan untuk menjadikan Akademi Kastam dan Eksais Diraja sebagai pusat tambahan bagi mengkuarantinkan mangsa positif COVID-19.

Bahagian Kuching merupakan antara bahagian yang telah diisytiharkan sebagai kawasan panas penularan COVID-19 yang kini berada pada zon merah.

Setakat ini, Kuching telah mencatatkan kes positif paling ramai iaitu seramai 88 orang telah dijangkiti oleh wabak pandemik itu dan 4 kematian turut dicatatkan untuk bahagian Kuching.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru