Monday, December 5, 2022

Arab Saudi minta umat Islam tangguh persiapan haji, umrah

Secara Rawak

RIYADH: Arab Saudi meminta umat Islam menangguhkan sebarang rancangan untuk menunaikan haji dan umrah sebelum sebarang perkembangan mengenai Covid-19 diketahui.

“Arab Saudi bersedia sepenuhnya untuk menerima jemaah haji dan umrah.

“Tetapi keadaan semasa ketika kita bercakap mengenai pandemik global, kerajaan mahu melindungi kesihatan umat Islam serta rakyat,” kata Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten kepada stesen televisyen Al-Ekhbariya di negara itu seperti dipetik agensi berita yang disiarkan dalam Astro Awani hari ini.

Ia meminta umat Islam di semua negara supaya menunggu sebelum melakukan haji sehingga keadaannya jelas.

Arab Saudi sebelum ini juga menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat masuk dan serta keluar pergerakan ke beberapa bandar raya, termasuk Makkah dan Madinah.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru