Friday, August 12, 2022

Perlu pertimbangkan tambah pusat kuarantin

Secara Rawak

SIMANGGANG: Kerajaan perlu mempertimbang tambahan empat pusat kuarantin ekoran sebuah pusat kuarantin sedia ada di rumah rehat kerajaan mungkin tidak mencukupi, kata Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis.

Menurutnya, pusat kuarantin yang pertama itu hanya boleh menempatkan lima pesakit Covid19. “Jadi hari ini kita pantau empat premis yang mungkin boleh dijadikan pusat kuarantin tambahan.

“Antaranya asrama pelatih Jururawat Masyarakat Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman sebanyak 14 bilik, bangunan tiga tingkat asrama pelatih Penolong Pegawai Perubatan (24 bilik), Pusat Khidmat Adun Batang Ai (14 pesakit) dan rumah rehat kerajaan di Engkilili (tiga pesakit),” katanya.

Beliau juga Adun Simanggang berkata demikian selepas meninjau lokasi tersebut.

Jelasnya, cadangan untuk menjadikan kesemua premis berkenaan sebagai pusat kuarantin sementara itu perlu, bagi memastikan pesakit berkaitan Covid-19 dikuarantin dengan selesa.

Bagaimanapun tambahnya, kesemuanya memerlukan sedikit pengubahsuaian dan naik taraf. “Ia boleh dipertimbangkan sekiranya kelengkapan dapat disediakan,” ujarnya.

Hadir sama Residen Bahagian Sri Aman Indit Bangai, Pegawai Kesihatan Bahagian Sri Aman Dr. Euphrasia Bari, Pegawai Daerah Sri Aman Mohd Ashree Wee serta ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru