KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menilai semula bantuan kepada rakyat dan sektor yang harus dibantu susulan serangan wabak koronavirus dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, kerajaan akan menilai bagaimana impak terhadap golongan terbabit selepas enam bulan bantuan dihulurkan.

“Kalau impaknya positif, mungkin ekonomi akan menjadi normal,” jelasnya.

Beliau berkata deemikian dalam program siaran langsung Bicara Naratif di RTM malam semalam.

“Ini tanggungjawab kita sebagai kerajaan. Setakat ini, kita ada cara-cara membantu rakyat yang terjejas,” katanya.

Isnin minggu lalu Abang Johari mengumumkan pakej rangsangan ekonomi di bawah Sarawakku Sayang berjumlah RM1.15 bilion untuk membantu rakyat yang terkesan oleh PKP.

Selain itu, bantuan makanan  berjumlah RM16.4 juta juga juga diberi kepada golongan miskin di bandar dan luar bandar.