Tuesday, November 29, 2022

Doktor: Bukan mengejutkan jika 200,00 mati di Amerika Syarikat angkara Covid-19

Secara Rawak

Angka kematian pantas meningkat di negara Uncle Sam ketika dunia masih bergelut mencari jalan keluar daripada ancaman Covid-19.

Sebanyak  lebih 500 kematian dicatatkan semalam sahaja menjadikan jumlah keseluruhan 3,001 menurut pelbagai laporan media antarabangsa.

Ia merupakan kematian tertinggi dalam sehari yang dicatatkan setakat ini, namun angka itu masih di belakang Itali dan Sepanyol.

Lebih daripada 160,700 kes positif direkodkan di negara ketiga paling padat di dunia dan sering dilabelkan sebagai kuasa besar ekonomi dan politik.

Namun, AS juga seperti lebih 180 negara lain di dunia masih belum mendapat penawar untuk virus itu.

AS merupakan negara yang mencatatkan kes positif tertinggi di dunia.

Virus ini merebak seperti api marak.

Angka itu dijangka terus melonjak apabila ujian saringan mula diperluaskan.

Untuk rekod, sekitar 2.8 juta jiwa meninggal dunia di negara itu setahun, iaitu 731.9 kematian bagi setiap 100,000 pada 2017.

Pelbagai doktor yang dipetik media mengakui begitu ramai yang sakit dan mereka bergelut dengan masa untuk menyelamatkan mereka, termasuk orang muda.

Doktor merayu supaya rakyat tinggal di rumah kerana ini jalan terbaik menyelamatkan nyawa.

Seorang doktor dipetik berkata, dia tidak hairan jika 100,000 hingga 200,000 orang mati di AS kerana koronavirus.

Dr Deborah Birx dalam rancangan TV NBC pada Isnin dipetik berkata oleh Reuters, dalam keadaan paling teruk “antara 1.6 juta hingga 2.2 juta kematian berlaku jika anda tidak melakukan apa-apa, dan mengetepikan garis panduan penjarakan sosial.

Beberapa negeri seperti Arizona, Virginia dan maryland meminta penduduk diam di rumah.

Presiden Donald Trump dikritik   keras oleh rakyatnya atas kelewatan  bertindak awal awal kerajaan persekutuan sehingga menyebabkan penularan pantas pandemik itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru