KUALA LUMPUR: Beri fleksibiliti kepada mahasiswa tangguh pengajian.

Itu cadangan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman.

Beliau mencadangkan supaya institut pengajian tinggi (IPT memberi kelonggaran kepada mana-mana pelajar yang tidak dapat meneruskan kelas secara dalam talian untuk menangguh sementara pengajian bagi semester ini.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, ini kerana, terdapat mahasiswa yang mungkin berdepan kesukaran untuk meneruskan kelas secara maya berikutan tidak mempunyai akses komputer atau internet di rumah

Menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, meskipun kerajaan mengumumkan inisiatif 1GB internet percuma setiap hari, namun, masih ada lagi kawasan pedalaman yang tidak mempunyai akses tersebut.

“Sepanjang PKP, banyak universiti/kolej/pusat pusat pengajian yang menjalankan online kelas bagi memastikan mahasiswa tidak ketinggalan dan saya amat teruja melihatkan para pensyarah yang sanggup belajar menggunakan platform “online” untuk mengajar,’ katanya.

PKP atau perintah kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac dan sepatutnya berakhir 14 April telah dilanjutkan hingga 14 April. 

“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak IPT menjalankan kelas dalam talian bagi memastikan mahasiswa tidak ketinggalan dan saya amat teruja melihatkan para pensyarah yang sanggup belajar menggunakan platform ‘online’ untuk mengajar.

“Bukan mereka pilih untuk tidak turut serta dalam ‘online class’. Tapi situasi mereka yang tidak mengizinkan.

“Bayangkan betapa sukarnya untuk mereka belajar atau turut serta dalam ‘online class’ dalam keadaan bersesak di rumah dengan talian yang kerap terputus-putus dan berdepan keadaan tidak kondusif di rumah,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya di sini  hari ini.