DELHI: Seorang lelaki dikatakan sanggup menipu dia dijangkiti Covif-19 semata-mata enggan menonton filem Ramayana dan Mahabharata.

Filem ini mula ditayangkan di televisyen seluruh Doordarshan selepas seluruh India diarah melakukan perintah berkurung.

Biarpun sebahagian besar penduduk India mengalu-alukan kemunculan filem itu, namun golongan muda melakukan pelbagai cara mengelak menontonnya.

Lelaki tersebut yang mendakwa dirinya dijangkiti virus tersebut dikuarantin di hospital kerana dia tidak mahu pulang ke rumah untuk jangka waktu ini.

Pada mulanya dia dikatakan cuba mencabut kabel televisyen di rumahnya namun perbuatannya itu diketahui kedua-dua ibu bapanya yang bertindak memukulnya.

Dia cuba tinggal di bilik tidurnya tetapi bunyi televisyen asyik menganggunya.

Akhirnya dia nekad menipu mengatakan dirinya dijangkiti virus terbabit dan dia mula batuk dan bersin tanpa henti.

Sehingga kini bersinnya masih belum hilang, namun dia merancang tinggal di hospital sekurang-kurangnya sehingga tiga ke empat bulan lagi.