Saya telah membuat laporan polis terhadap kes kecurian yang berlaku di rumah saya.

2. Pihak polis dan forensik telahpun datang dan membuat siasatan di rumah sejak malam semalam.

3. Saya berterima kasih kepada pihak polis diatas kerjasama yang sangat baik dan berharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

4. Untuk masa ini, saya tidak dapat mengesahkan sebarang butiran atau spekulasi sehingga siasatan selesai. Laporan media bahawa RM250 ribu tersebut merupakan wang PPBM adalah tidak benar dan anggaran kecurian masih belum dapat disahkan.

5. Saya harap semua pihak juga tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita yang tidak sahih kepada orang ramai.

6. Sila rujuk pada laporan polis yang telah dibuat

Terima kasih

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman