Bercakap tentang ramalan, mudah mengaitkannya dengan Nostradamus atau nama sebenarnya Michele de Nostredame.

Selain banyak ramalan kecil yang dikaitkan dengan ketepatan berlakunya sesuatu peristiwa itu, Nostradamus dikatakan pernah meramalkan tiga peristiwa besar yang berlaku di dunia sebelum ini.

Beliau pernah meramalkan Kebakaran Besar London 1666 (The Great Fire of London). Beliau juga pernah meramalkan kebangkitan Adolf Hitler 1933. Ramalan ketiga ialah perihal pembunuhan presiden John F. Kennedy 1963.

Sebahagian besar ramalan Nostradamus diterbitkan pada 1555 dalam tulisannya “Les Propheties” atau “The Prophecies”.

Buku ini asalnya diterbitkan dalam bahasa Perancis kuno, tidak kronologi dan dibahagikan kepada beberapa bab.

Nostradamus

Perlu diperjelaskan bahawa Nostradamus menulis ramalannya secara kabur dan tidak jelas, namun ramai percaya tulisannya mengandungi perkara berkaitan masa depan.

Ramalannya tentang masa depan itu ditulis dalam bentuk puisi dalam baris dan rangkap dinamakan century dan kuatrain.

Misalnya bercakap tentang Kebakaran Besar London 1666, beliau menulis pada century 2, quatrain 52:
“Darah orang adil akan melakukan kesalahan di London,
Dibakar melalui kilat dua puluh tiga enam:
Wanita purba akan jatuh dari tempat tingginya,
Beberapa daripada mazhab yang sama akan dibunuh.”

(The blood of the just will commit fault at London,
Burnt through lightning of twenty threes the six:
The ancient lady will fall from her high place,
Several of the same sect will be killed.)

Ramai percaya petikan ini merujuk kepada “Great Fire of London” yang meletus 100 tahun selepas ramalan itu ditulis.

Kebakaran bermula pada 2 September 1666, di sebuah kedai roti kecil di Pudding Lane, ibu negara Britain.

Berkaitan kebangkitan Adolf Hitler 1933, Nostradamus menulis pada century 2, quatrain 24:
“Haiwan yang ganas dari kelaparan berenang melintasi sungai:
Sebahagian besar rantau ini menentang Hister,
Yang hebat akan menyebabkan ia diseret dalam sangkar besi,
Apabila anak Jerman tidak akan memerhatikan apa-apa.”

(Beasts ferocious from hunger will swim across rivers:
The greater part of the region will be against the Hister,
The great one will cause it to be dragged in an iron cage,
When the German child will observe nothing.)

Manakala, tentang pembunuhan presiden John F. Kennedy, 1963, pada century 1, quatrain 27, Nostradamus menulis: “Orang hebat akan melanda pada siang hari dengan petir,
Perbuatan jahat yang diramalkan oleh pembawa petisyen:
Menurut ramalan yang jatuh pada waktu malam,
Konflik di Reims, London dan wabak di Tuscany.”

(The great man will be struck down in the day by a thunderbolt,
The evil deed predicted by the bearer of a petition:
According to the prediction another falls at night,
Conflict in Reims, London, and pestilence in Tuscany.)

Akhirnya, ramalan besar yang keempat adakah Nostradamus juga meramalkan pandemik Covid-19?

Ya, ada yang memetik peringatan Nostradamus ke atas wabak ini pada century 2, quatrain 6:
“Berhampiran gerbang di antara dua bandar
Akan ada dua bencana seperti belum pernah terlihat,
Kelaparan dalam wabak, orang terkurung di sebalik keluli,
Menangis kepada Tuhan abadi untuk kesembuhan.”

(Near the gates and within two cities
There will be two scourges the like of which was never seen,
Famine within plague, people put out by steel,
Crying to the great immortal God for relief.)

Pada century 4, Quatrain 63 Nostradamus menulis seperti meramalkan situasi di Itali:
“Perahu-perahu tersebar di antara para Latin, dingin, kelaparan, ombak,
Tidak jauh dari Tiber, tanah dinodai dengan darah,
Dan beragam wabak akan menimpa umat manusia.”

Pada century 2, quatrain 19 tulisnya lagi:
“Para pendatang baru, tempat yang dibangun tanpa pertahanan,
Tempat dihuni menjadi tak dapat dihuni,
Padang rumput, rumah, ladang, kota untuk bersenang-senang,
Kelaparan, wabah, perang, tanah luas yang subur.”

Ramai juga yang tidak mempercayai bahawa Nostradamus
dapat meramal dan melihat masa depan, tetapi menganggap tulisan beliau hanyalah sebuah karya biasa.

Brian Dunning, peneraju podkas Skeptoid, berkata: “Tulisan Nostradamus dieksploitasi dalam beberapa cara yang salah atau falasi.

Beliau juga tidak mempercayai Nostradamus dapat meramal masa depan.

Menurutnya, terdapat terjemahan yang tidak masuk akal dan salah tafsiran serta sengaja dikreatif dan difiksyenkan. Menurut beliau, pemecahan makna kod itu sebenarnya tidak wujud dan semuanya tidak benar.