BAU: Kepayahan hidup seramai 845 penduduk dari 46 kampung di Tasik Biru yang terjejas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendapat perhatian Adun Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep.

Kata Henry, Pusat Khidmat Wakil Rakyat mengambil inisiatif dengan menyumbang bekalan makanan keperluan kepada mereka yang benar-benar terjejas.

“Kriteria golongan diberikan bantuan ialah buruh bergaji hari yang mempunyai tanggungan, ibu tunggal, petani dan OKU.

“Program bantuan makanan ini untuk penduduk di kawasan Tasik Biru yang terjejas pendapatan,” katanya semalam.

Tambah Henry, sebelum itu, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dari Tasik Biru sebelum itu diminta untuk mengenal pasti golongan yang benarbenar terjejas berikutan penguatkuasaan PKP