SINGAPURA: Peraturan baharu di Singapura mengenakan hukuman enam bulan penjara dan denda maksimum S$10,000 (RM30,300) terhadap warga yang tidak menjaga jarak sosial peribadi sekitar satu meter semasa pandemik Covid-19.

Memetik CNN, bahkan pengusaha premis juga mesti menyediakan fasiliti memudahkan setiap warga mematuhi penjarakan sosial tersebut, jika tidak mereka turut dikenakan hukuman serupa.