Monday, November 28, 2022

Bagaimana dua negara ini tidak diserang virus pembunuh?

Secara Rawak

Ketika  617, 288 kes positif telah disahkan kerana virus corona di seluruh dunia,  termasuk sekitar 30,000 kematian, ada negara yang mendakwa belum dijangkiti virus pembunuh itu.

Sertidak-tidaknya, tidak ada laporan mengenai kes dijangkiti atau kematian di negara terbabit.

Tetapi persoalannya, betulkah demikian statusnya atau ada sebab lain?

Walhal Covid-19 Virus  telah menular hingga hampir ke semua negara di dunia. 

Hanya tersisa beberapa negara yang melaporkan negatif kes jangkitan virus corona. 

Berikut ialah sejumlah negara yang dinyatakan belum melaporkan adanya kes jangkitan virus corona hingga Sabtu seperti dikutip dari Newsweek.

Korea Utara adalah salah satu negara pertama di dunia yang mulai menutup perbatasannya dan membangun langkah-langkah antiwabak intensif lainnya untuk mencegah penyebaran virus corona baharu. 

“Minggu lalu, pejabat kesihatan Pyongyang memerintahkan pembebasan ribuan pasien yang dikuarantin yang dinyatakan bebas darpada virus corona, meskipun ratusan lainnya masih dalam pengawasan dan pengasingan,” kata Kompas.

Korea Utara mengumumkan langkah-langkah baharu, termasuk kawalan yang lebih ketat pada tangki air dan reservoir, nyahcemar menyeluruh mata wang dan pembuangan limbah dari kapal berlabuh di perairan teritorial.

Selain  Korea Utara, sebuah lagi negara yang belum membuat laporan tentang kes berkenaan ialah Turkmenistan.

Dilaporkan Turkmenistan telah mengirim pasukan perubatan dan makanan ke negara tetangganya Iran, di yang sudah mempunyai lebih 32,000 kes. 

Persoalannya, adakah ini ada kaitan dengan pengawalan berita yang ketat.

Seyogia diingat mengikut Reporters Without Borders, dari segi penarafan Korea Selatan berada di tangga 179 dan Turkmenistan di tangga tercorot dari segi kebebasan akhbar pada tahun lalu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru