KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakyat bersabar dan terus berdoa agar negara pulih segera dari wabak COVID-19.

“Berada di rumah akan dapat memutuskan rantai penyebaran virus corona. Bersabarlah dan berdoa agar negara kita pulih segera daripada wabak ini,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Sebelum itu beliau melahirkan penghargaan terhadap sikap masyarakat Telugu yang kali ini menyambut tahun baharu di rumah ekoran Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP).

“Saya menghargai sikap masyarakat Telugu yg menyambut tahun baharu di rumah kerana wabak Covid-19,” katanya.

PKP yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac  telah dilanjutkan sehingga 14 April depan.