Wabak Covid-19 atau Corona virus bermula di Wuhan, China.Kini sudah merebak ke seluruh pelusuk dunia.Pihak WHO telah pun mengumumkan Covid-19 sebagai penyakit pandemik.

Pandemik adalah istilah yang merujuk jangkitan penyakit yang merentasi benua.Semua orang boleh kena tidak kira di mana sahaja berada.

Portal live Covid-19 ( https://www.outbreak.my/ms) melaporkan lebih 500,000 orang sudah disahkan positif.Angka kematian pula lebih 24 ribu orang seluruh dunia.

Di Malaysia sahaja sudah dicatatkan 23 kematian ( ketika artikel ini ditulis).Angka disahkan positif pula dalam 2031 orang.

Agak menakutkan.Lebih risau jika mereka yang disahkan positif itu mempunyai pelbagai penyakit kronik atau sistem antibodi yang lemah.

Tugas semua orang sekarang ini adalah sama.Kita tidak kira di mana sekalipun ambil serius tentang penularan wabak corona virus.

Kita perangi habis-habisan dengan memutuskan rantaian corona virus.Itu sahaja cara yang paling berkesan.

Sehingga artikel ini ditulis belum ada vaksin yang betul-betul disahkan boleh menyembuhkan pesakit Covid-19.Mereka cuma sembuh dengan sendirinya sebagaimana kita terkena demam selsema.Dalam istilah lainnya dari disahkan positif menjadi negatif Covid-19.

Kerajaan Malaysia telah melakukan tindakan proaktif dan drastik.Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac yang lalu dan kini dilanjutkan sehingga 14 April.

Selepas 7 malam sehingga 7 pagi tidak ada seorang pun boleh keluar rumah melainkan ada surat kebenaran majikan ( untuk essential servis sahaja ) atau pihak berwajib.Luar daripada itu boleh ditangkap dan dilokapkan jika sabit kesalahan.

Sudah tentu tempoh PKP yang dilanjutkan ini memberi implikasi negatif kepada semua pihak.Semua sektor terjejas terutama ekonomi, pendidikan, sosial, pelancongan dan sebagainya.

Kita sudah tiada pilihan selain memerangi Covid-19 hingga ke titisan keringat terakhir.Berjuang habis-habisan sehingga angka menjadi sifar.

Banyak usaha boleh kita lakukan.Sudah tentu berdoa kerana setiap doa itu adalah senjata orang mukmin.Pada hari ini solat hajat seluruh negara dilakukan selepas Zuhur di rumah masing-masing.

Orang yang bukan muslim juga boleh turut serta dengan cara amalan agama masing-masing.Kita berdoa agar wabak Covid-19 segera berakhir dan tempoh PKP juga ditamatkan seminggu lebih awal.

Selain berdoa, orang ramai yang terus diwajibkan untuk duduk di rumah masing-masing.Jangan keluar rumah jika bukan keperluan mendesak.Hanya ketua keluarga atau wakil sahaja boleh berbuat demikian.

Memang diakui cara begini menyukarkan semua orang.Namun itu sahaja pilihan terbaik untuk memastikan wabak Covid-19 boleh berhenti dari menular dengan lebih luas lagi.

Mana-mana individu yang mengalami gejala kurang sihat atau ada kontak dengan pesakit Covid-19 wajib menghubungi pihak hospital berdekatan.Biar mereka uruskan proses saringan dan kuaratin.

Selain itu amalkan kebersihan tahap tinggi dan jaga kesihatan sebaik mungkin.Kawal pemakanan dan pastikan makan makanan yang sihat.Dalam masa yang sukarkan ini utamakan keperluan makanan berbanding perkara lain.

Kepada mereka yang kurang bernasib baik, pihak baitumal negeri masing-masing kini giat mencari golongan asnaf untuk diberi bantuan.Jangan sampai mereka ini keputusan bekalan makanan.

Perlu diakui tempoh PKP yang panjang ini menyebabkan golongan B40 menerima kesan yang berat.Belum lagi golongan peniaga yang bergantung kepada pendapatan harian.Tiada bisnes maka tiada duit.

Ternyata PKP ini menjejaskan kualiti hidup semua orang.Bukan mereka yang terkena Covid-19 sahaja terasa.Semua terkena tempiasnya.Hanya mereka yang tabah mampu melalui saat sukar begini.

Urus emosi dan psikologi sebaik mungkin.Seandainya masalah emosi tidak mampu diatasi pihak kerajaan juga telah menyediakan talian khas kaunseling.Boleh hubungi 15999 untuk mendapat bantuan.

Sekarang kita wajib sedar jangan sesekali penting diri sendiri.Tiada istilah masalah dia, maka dia yang selesaikan.

Tiada guna lagi mencari siapa yang bersalah dan siapa yang betul.

Maknanya wabak Covid-19 adalah tanggungan semua dan penyelesaian bersama.

Jangan langgar perintah PKP dan jangan sebarkan informasi palsu.

Jangan timbulkan huru hara sehingga akhirnya mudarat itu kembali menimpa mereka yang melakukan perbuatan tidak bertanggung jawab tersebut.

Dalam isu Covid-19 semua orang diminta bertanggungjawab.Pegang tanggungjawab untuk perangi Covid-19 sebagai amalan hero yang tidak didendangkan.

Semoga wabak Covid-19 tewas dan kita menang dalam peperangan ini.

In shaa Allah.Aamiin Ya Rabil Alamin.