KUALA LUMPUR: Hampir empat juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah akan menerima pemberian tunai one-off sebanyak RM1,600.

Ia membabitkan peruntukan hampir RM10 bilion.

Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April ini dan RM600 lagi pada bulan berikutnya.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri melalui ucapan ‘Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat’ sebentar tadi.

Sebanyak 1.1 juta isi rumah berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 akan menerima RM1,000. Sebanyak RM500 akan dibayar pada bulan April manakala baki pada bulan Mei.

Individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah sebanyak tiga juta orang akan menerima RM800. Bayaran RM500 akan dibuat pada April, manakala bagi bulan berikutnya.

Sebanyak 400,000 individu bujang berusia 21 ke atas yang berpendapatan bulan lebih RM2,000 hingga RM4,000 akan menerima pemberian RM500. RM250 akan dibayar pada April manakala bakinya pada Mei.

“Saya faham bahawa dalam keadaan bencana seperti yang kita hadapi ini, sebahagian besar daripada saudara-saudari terjejas dari segi sumber pendapatan. Untuk meringankan beban anda, kerajaan akan menyediakan Bantuan Prihatin Nasional,” kata Muhyiddin.