KUCHING: Ketika negara  dan dunia berdepan dengan ancaman Covid-19, pelbagai cara manusia untuk memberi nasihat dan peringatan.

Ini termasuk ubat dan langkah paling berkesan menghentikan penyakit berkenaan.

Terbaharu  yang tular ialah penemuan sejenis pil paling mujarab bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.

Malah, itu satu-satunya ubat yang ditemui setakat ini.

Nama pil berkenaan ialah ‘Stay Home’. 

“Let’s take it.” kata peringatan itu.

Maksudnya, ambillah ubat ini. Ikutilah arahan ini.

Gurauan dan nasihat berkenaan selari dengan arahan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan berkuat kuasa 18 Mac lalu.

Dalam ucapannya kepada seluruh negara, Perdana Menteri meminta agar rakyat  duduk diam di rumah. Malah, bagi memberi pegegasan beliau turut menggunakan ungkapan dalam bahasa Inggeris: Stay at Home.