KUCHING: Dari segi jumlah keseluruhan kes dijangkiti Covid-19, Malaysia kini  sudah berada di tangga ke-17.

Malaysia sehingga semalam mencatatkan 2,031 kes dengan 23 kematian.

Justeru, segala langkah perlu diambil sebelum kedudukan Malaysia semakin bertambah buruk dan tidak terkawal.

Ini bukan angka yang menggembirakan di sebalik langkah Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan kerajaan sejak 18 Mac hingga 14 April.

China berada di tangga teratas dengan 81,782 kes. Virus ini yang mula dikesan dan merebak di Wuhan, China pada Disember kini telah tersebar ke 178 buah negara.

Berada di kedudukan kedua ialah Itali dengan 74,386 kes dan lebih 8,000 kematian.

Ini diikuti Amerika Syarikat dengan hampir 70,000 kes.

Sepanyol berada di tangga keempat dengan 39,56,188 kes, diikuti Jerman 39,502 kes, dan Iran 25,604 kes.

Setiap saat akan ada yang dijangkiti dan mati di seluruh dunia kerana virus pembunuh itu.

Data menunjukkan lebih daripada 488,000 kes dicatatkan di seluruh dunia dengan jumlah kematian sudah melebihi 22,000.