JAKARTA: Kerajaan Indonesia belum lagi memutuskan sama ada untuk tidak membenarkan rakyatnya mudik atau balik kampung menjelang Ramadan dan Aidilfitri ini.

Namun, menurut Jakarta Post, ramai pekerja di ibu kota 12 juta jiwa itu telah mengambil kesempatan untuk mudik ke kampung halaman mereka.

“Sebahagian menganggap ia peluang terbaik untuk balik kampung kerana perniagaan lembab atau pejabat merrteka telah ditutup disebabkan penyebaran wabak Covid-19.

Gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo yang dipetik akhabr itu berkata, di Jepara, 44 buah bas tiba dari ibu kota.

Beliau berharap mereka yang balik dari kota tidak mendatangkan masalah dari segi kesihatan.

Beliau merayu kepada warga Jakarta, kawasan yang paling teruk dijangkiti, supaya tidak balik ke kampung.

“Sementara itu, bagi mereka di Jawa Tengah jangan pergi ke Jakarta,” katanya.

Jumlah kes kematian akibat wabak itu di negara 270 juta jiwa itu telah mencecah 78 orang dengan 20 orang meninggal dalam tempoh 24 jam lalu.

Jumlah kes positif Covid-19 ialah 893.

Data menunjukkan lebih daripada 488,000 kes dicatatkan di seluruh dunia sejak wabak itu merebak di Wuhan, China pada Disember dengan jumlah kematian sudah melebihi 22,000.