KUCHING: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menyediakan platform digital bagi memudahkan permohonan bantuan bagi golongan asnaf.

Pengurus Besarnya Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata,
usaha ini adalah bagi memastikan kebajikan masyarakat sentiasa terjaga sewaktu perintah kawalan pergerakan ini berlangsung.

“TBS sentiasa bersedia untuk menyediakan bantuan dan keutamaan diberikan kepada golongan asnaf yang layak.

“Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini, kami sebenarnya sudah bersedia dengan apa jenis bantuan yang diperlukan.

“Jadi yang pertama kita memberi keutamaan kepada asnaf yang ada dalam senarai.

“Insha-Allah mereka akan dibantu seperti sedia kala,” katanya.

Abang Shibli menambah, bagi mana-mana permohonan ketika keadaan kawalan pergerakan ini, TBS  menyediakan sediakan saluran mendapatkan bantuan melalui tiga medium.

Katanya, yang pertama adalah melalui jejak asnaf yang boleh dipohon oleh pemohon sendiri dan juga boleh membantu orang yang tidak ada telefon pintar untuk mendapatkan bantuan.

“Seterusnya menggunakan Jejak Asnaf itu untuk dihantarkan kepada kami secara dalam.talian.

“Orang ramai juga memohon melalui portal bantuan Baitulmal.

“Kita akan merekod segala permohonan dan yang ketiga adalah melalui emel untuk TBS proses,” katanya.

Tambah beliau, pihak TBS akan proses bantuan melalui saluran atas talian ini kerana sedia maklum implikasi yang dihadapi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

“TBS kena pastikan maklumat permohonan ini daripada secara talian dan warga kerja kami sudah diberi tugasan khas untuk memproseskan segala permohonan itu.

“Pada.masa yang sama kita akan cuba untuk menghantar dalam jenis bantuan makanan dan minuman,.jika dokumentasi.pemohon tepat,” katanya.