KUALA LUMPUR: Angka kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 24 orang.

Terbaharu seorang warganegara Malaysia berusia 35 tahun  yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal Mac menjadi mangsanya.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata mangsa sebelum ini mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal Mac.

Mangsa  mula bergejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020.

“Hasil ujian pengesahan Covid-19 didapati positif pada 20 Mac lalu. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac jam 9.30 malam tadi,” katanya.