Friday, August 19, 2022

Alat perubatan sumbangan Jack Ma tiba di Malaysia

Secara Rawak

Dua penerbangan kargo membawa sumbangan kelengkapan perubatan daripada Yayasan Jack Ma dan Yayasan Alibaba bagi membantu negara dalam memerangi penularan Covid-19, telah tiba di Malaysia, kelmarin.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata pesawat Malaysia Airlines tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan membawa penutup mulut dan hidung, kit ujian, kelengkapan perlindungan diri untuk badan dan muka.

“Bekalan tersebut juga akan diedarkan kepada tiga negara Asia Tenggara lain bagi memerangi virus itu,” menurut akaun Twitter rasmi MAHB, @MY_Airports, semalam seperti dipetik Bernama.

Sejak tercetus wabak Covid-19, MAHB berkata KLIA memainkan peranan penting dalam penyampaian dan pengedaran barang e-dagang dan bekalan perubatan kepada pelbagai negara di rantau ini.

“Pengedaran ke negara lain mempergunakan keupayaan logistik merentas sempadan dalam hab Perdagangan Dunia Elektronik (eWTP) yang pertama di dunia,” menurut pengendali KLIA itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru