Jumlah kematian akibat Covid-19 di Sepanyol telah mencecah hampir 3,500.

Ia bertambah 738 dalam tempoh 24 jam sekali gus mencatatkan rekod tertinggi harian. Namun, sebelum ini Itali pernah merekodkan jumlah kematian 793 dalam 24 jam.

Jumlah kes positif Covid-19 juga telah mencecah 27,000.

Jumlah keseluruhan kematian di negara itu berada di belakang Itali yang telah mencatat lebih 8,000.

Kini jumlah mangsa di seluruh dunia telah melebihi 20,000 dan dijangka akan terus meningkat.