Itali terus mencatatkan kematian akibat Covid-19. Kini sudah 7,503 kematian ketika sistem kesihatannya hampir lumpuh.

Angka tertinggi pernah dicatat ialah hampir 800 orang.

Terdapat 74,386 kesemuanya dengan hanya 9,362 pulih daripada penyakit berkenaan.
Itali dengan 60 juta jiwa berdepan cabaran besar dari segi usaha mengebumikan mayat.

Di sesetengah tempat terdapat senarai menunggu untuk pengebumian yang hanya dihadiri pekerja hospital, paderi dan pekerja rumah mayat, tanpa kehadiran keluarga.

Imej kelihatan keranda tersusun di dalam gereja.

Di Begamo, kawasan paling teruk dilanda virus itu, keranda melimpah sampai keluar kemudahan tempatan.

“Saya fikir ini lebih teruk daripada perang,” kata seorang penduduk yang ayahnya turut meninggal kerana Covid-19.

“Amat memilukan,” katanya.

Halaman akhbar dilimpahi belasungkawa sehingga 11 halaman daripada satu halaman setengah pada hari biasa.