Kesalahan:

Seksyen 186 Kanun Keseksaan / Peraturan 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan 2020).

Hukuman:

Sek. 186 Kanun Keseksaan – penjara 2 tahun atau denda boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya.

Peraturan 7 (1) PPPPB – denda tidak lebih RM1000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya.

Pada 25/3/2020 jam 0001 hours sehingga 26/3/2020 jam 0800 hours, seramai 28 orang telah ditangkap di Sarawak kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

24 daripada mereka adalah lelaki manakala 4 lagi adalah wanita.

26 orang telah ditangkap kerana tidak dapat memberi alasan yang sah untuk berada di jalanraya atau tempat awam manakala 2 lagi ditangkap di Batu Niah kerana merempuh sekatan jalanraya.

Tangkapan mengikut daerah:

1) Miri – 9 orang
2) Dalat – 7 orang
3) Sarikei – 4 orang
4) Kota Samarahan – 2 orang
5) Lawas – 2 orang
6) Bintulu – 2 orang
7) Kuching – 1 orang
8) Padawan – 1 orang

26 orang telah dibebas dengan jamin polis setelah percakapan mereka dirakam manakala 2 lagi yang merempuh sekatan jalanraya telah ditahan dalam lokap polis untuk siasatan lanjut.

Amaran sekali lagi diberi kepada orang ramai untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa sehingga 14 April 2020. Polis tidak akan teragak-agak untuk menangkap mana-mana orang yang tidak dapat memberi alasan yang sah ketika ditahan di sekatan jalanraya atau semasa pemeriksaan mengejut (snap check).

Kenyataan media
26 Mac 2020
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak
Dato’ Dev Kumar