KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan mengingatkan rakyat di negara ini bahawa pihak yang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh menggunakan apa-apa juga cara termasuk kekerasan bagi memastikan perintah itu dipatuhi.

PKP yang sepatutnya berakhir hujung bulan ini telah dilanjutkan hingga 14 April depan di sebalik kes positif Covid-19 yang terus meningkat.

Selain itu, kata beliau pihak terlibat juga boleh menahan, mendakwa sehingga dihukum penjara atau dikenakan denda oleh mahkamah sebagaimana yang telah dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

“Kerjasama dengan pihak yang menguatkuasakan undang-undang khususnya Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) seperti petugas kesihatan, PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan ATM (Angkatan Tentera Malaysia), amatlah penting bagi memastikan langkah yang diambil oleh kerajaan demi menjaga nyawa rakyat, berkesan serta tidak sia-sia,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan media bertajuk ‘Rakyat Kelantan degil, polis akan ketatkan sekatan’.